Tuesday, November 07, 2006

apakah batasan balasan?

berbuat baik dibalas baik?
berbuat jahat dibalas jahat?

Kadang-kala terasanya ketidak-adilan
walaupun berbuat baik bukan semata untuk balasannya
tetapi lebih daripada keikhlasan hati dan jiwa

adakah bodoh untuk membiarkan diri dipergunakan walaupun menyedarinya?
adakah bodoh untuk mengorbankan diri untuk kebahagiaan lain?
adakah bodoh untuk memberi peluang kepada diri dan orang lain?

Apakah batasan untuk pertolongan?

*senyuman* walaupun sering digelar budak bodoh, tetapi selalu memberitahu diriku, biar bodoh, tidak angkuh; biar gembira, tidak resah; biar cinta, tidak benci.

Sering menanya diri soalan-soalan yang tidak terjawab dan mengelirukan. Ada kala hampirnya hilang harapan akan banyak peristiwa, namun, selalu cuba meyakinkan diri bahawa dunia ini tiada yang tidak boleh diatasi. Moga-moga. **

---
Just felt that I should practice my Malay language :)

No comments: